Warisan Community Shop

Sunday, December 28, 2008

FIRMA ASING BERKERJASAMA DENGAN PROTON MENGHASILKAN KENDERAAN ELEKTRIK













sistem dimajukan syarikat pada model Proton
PENGELUAR kereta elektrik berpangkalan di Belanda, Detroit Electric sedang berunding dengan Proton Holdings Bhd untuk menjalinkan kerjasama strategik mengeluarkan kereta berkuasa elektrik menggunakan model sedia ada Proton.
Ketua Eksekutif Detroit Electric, Albert Lam, berkata matlamat syarikat itu ialah mengeluarkan kereta berkuasa elektrik yang mampu dimiliki serta lebih berkuasa berbanding kereta biasa.
Beliau berkata, syarikat itu sedang membangun dan menguji model Proton berasaskan sistem yang dimajukannya.
Selain Proton, katanya, syarikat itu juga sedang mengadakan rundingan dengan dua lagi pengeluar kereta, masing-masing dari Amerika Syarikat (AS) dan Jerman.
“Kami berharap dapat mewujudkan kerjasama strategik dengan mana-mana pengeluar kereta itu dan memulakan pengeluaran kereta berkuasa elektrik itu, akhir tahun depan,” katanya kepada pemberita di kilang Proton di Shah Alam, Selangor, semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sesi pandu uji kereta berkuasa elektrik yang dibangunkan Detroit Electric.
Detroit Electric ialah syarikat yang sebahagian besarnya dimiliki Lam, seorang warga negara Britain. Ia telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pelabur dari AS dan Malaysia membabitkan pelaburan kira-kira AS$300 juta untuk tempoh lima tahun akan datang.
Syarikat itu setakat ini telah membangunkan sistem penjanaan elektrik untuk tiga Lotus Elise, dua kereta Proton, Persona dan Savvy, sebuah Daihatsu-Cuore dan sebuah Volkswagon Golf.
Ia berhasrat menghasilkan kereta berkuasa elektrik yang sebenar berasaskan model terbabit untuk pengeluaran komersial dalam tempoh 18 bulan akan datang.
Lam berkata, selain teknologi untuk kereta penumpang, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk melancarkan bas berkuasa elektrik yang akan digunakan di Eropah dan Asia menjelang akhir tahun depan.

No comments:

Post a Comment